Apakah sinopsis surah anda?

Nyatakan nama surah, no surah dan sinopsisnya di bahagian komen

16 Comments

  1. SURAH AN-NISA’
    NO Surah : 4

    SINOPSIS
    1.Ini adalah surah madaniyyah
    2. Ada 176 ayat
    3. Tema surah tentang keadilan dan kasih sayang hatta pada yang lemah.
    4.Surah ini menekankan indikator pemimpin yang bagus mestilah bermula dari keluarga. Bersikap adil terhadap wanita dalam keluarga.
    5.Surah ini banyak membicarakan ayat khusus untuk wanita dan hukum-hukum yang berkaitan.

  2. Nama Surah AlJathiyah
    Surah ke 45
    Turutan penurutan ke 65

    Sinopsis:
    Tema Larangan sombong dan tinggi hati

    Sebab penamaan pada ayat28 (Kesemua manusia akan melutut pada Hari Hisab kerana ketakutan menanti giliran untuk dihisab)

  3. Surah Thaha merupakan surah yang ke-20, dinamakan nama surah Thaha ini berdasarkan ayat pertama di dalam surah ini,tema untuk surah ini adalah Islam dan pedoman kebahagiaan,surah ini merupakan surah makiyyah, antara kisah dalam surah ini ialah,orang-orang musyrik berkata bahwa tidak sekali-kali Allah menurunkan Al-Qur’an ini kepada Muhammad me­lainkan agar dia menjadi susah. Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala menurunkan firman-Nya: Thaha. Kami tidak menurunkan Al-Qur’an ini kepadamu agar kamu menjadi susah; tetapi sebagai peringatan bagi orang-orang yang takut (kepada Allah). (Thaha: 1-3),maka berdasarkan ayat ini kita tahu, Al-quran diturunkan bukan untuk menyusahkan umat islam tetapi ia diturunkan untuk menjadi pedoman serta panduan untuk kita menjadi orang yang bertaqwa

  4. No Surah: 21
    Nama Surah: Surah Al-Anbiya
    Maksud Nama Surah : Para Nabi
    Tema:Peringatan Nabi mengingatkan manusia
    Makiyah
    Kisah/isi:
    1)Sebab nabi diutus
    2)Bahaya berlengah
    3)Nabi Berdoa
    4)Nabi berdoa untuk dihukum dengan yang benar dan nabi memohon pertolongan

  5. Surah Ali Imran, surah yang ketiga. Surah Madaniyyah.

    Nama surah daripada perkataan ‘Imran’ dalam ayat ke-35.

    Surah ini bertemakan keteguhan prinsip seperti Maryam dan isteri Imran dalam kehidupan.

    Dalam ayat 35,isteri Imran bernazar kepada Allah SWT. Dalam ayat 36 dilaksanakan nazarnya kepada Allah SWT dan dipohon perlindungan dan peliharaan Allah SWT dari godaan syaitan.

  6. Surah Al Fatihah bermaksud surah pembukaan al-Quran. Tema bagi surah ini ialah sinopsis dan membuka kejayaan. Sebab penamaan kerana surah ini pembukaan al-Quran.

    Ayat 1 sehingga 4 mengenai pendidikan mengenai Allah.

    Ayat 5 mengenai tentang asas membuka petensi dan pendidikan mengenai ibadah dan kehambaan.

    Dan yang terakhir, ayat 6 dan 7 tentang pendidikan mengenai sirath ataupun jalan kehidupan.

  7. Sinopsis surah 25 Al Furqan

    1.kaum musyrik mendusta agama Allah dan Sunah Rasullallah saw

    2. Tuhan yang berhak disembah adalah Tuhan yang memiliki kekuasaan mutlak dan tak tertandingi

  8. Nama Surah AlJathiyah
    Maksud Yang berlutut
    Surah ke 45
    Turutan penurutan ke 65
    Surah Makiyyah

    Sinopsis:
    Tema Larangan sombong dan tinggi hati

    Sebab penamaan pada ayat28 (Kesemua manusia akan melutut pada Hari Hisab kerana ketakutan menanti giliran untuk dihisab)

  9. Surah Ad-Dhukhan.
    Nama surah merujuk pada ayat 10.
    Surah ini diturunkan di Mekah.

    Sinopsis :
    Tema surah ni adalah Larangan kagum pada kuasa dan penguasa.

    Merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada umat zaman rasulullah S.A.W, Allah timpakan bencana kepada mereka. Kehancuran kepada orang-orang yang zalim. Manakala, azab yang Allah turunkan kepada mereka yang kerana berasa kagum.

    Kehidupan kita hari ini, kalau kita berasa kagum pada kuasa dan penguasa, Allah akan turunkan azab kepada kita.

    • Surah Al Ahzaab surah ke 33 yang bermaksud golongan yang bersekutu

      Mempunyai 73 ayat Madaniyyah

      Tema surah ini adalah tunduk kepada Allah, menyerah diri apabila berada didalam kesulitan.

      Sebab penamaan adalah mengingatkan kepada Al Ahzaab apabila tentera muslim berhadapan dengan musuh ketika melihat musuh bergabung, dan ini adalah saat yang kritikal menyerah diri kepada Allah.

      Antara kisah atau isi surah ini adalah:
      1. Isu ‘bin’ ayah angkat (33:5)
      2. Jika isteri ingin kemewahan (33:28-29)
      3. Hijab puncak penyerahan diri kepada Allah (33:59)
      4. Akan serah diri ketika kesulitan (33:67)
      5. Langit, bumi, gunung menyerah (33:72)

  10. Surah: No 2
    Nama surah: al-Baqarah bermakna lembu betina
    Tema:Identi teguh kepimpinan
    Sinopsis surah:
    1. Identiti teguh kepimpinan 2:30
    2. Model kepimpinan 2:1-5
    3. Maksiat penggantian kepimpinan 2:36
    4. Mengelak dari melakukan kejahatan 2:67-71
    5. Identiti teguh/jangan tiru 2:104-142
    6. Identiti tidak ekstrem/menolak kebaikan 2:158
    7. Islam dan pembaikan menyeluruh 2:177

  11. Surah ke-2, al-Baqarqh yang bermaksud lembu betina seperti pada ayat 2:67.

    Tema surah ini ialah identiti teguh kepimpinan

    Surah ini adalah Madaniyyah.

    Antata kisah menarik ialah
    1. Ciri:ciri kepimpinan unggul seperti digariskan dalam ayat 1-5.
    2. Menangani kerenah rakyat seperti orang Quraisy dan Yahudi.

  12. SURAH YUNUS. SURAH KE 10. Merupakan surah Makkiyah.

    ALLAH memulakan ayat ini dgn Alif, Lam, Ra.. Sesungguhnya Allah Maha Tahu, kita manusia tidak Tahu. Dan Allah sambung tentang hikmah.

    TEMA Surah ini ialah Beriman/Percaya kepada Qada’dan Qadar.

    Dan Nama surah ini ialah surah YUNUS. Dan berdasarkan pada ayat yang ke 98 surah ini.
    Maka kisah nabi YUNUS perlu di ambil perhatian dalam kisah ini.

    Pada ayat ke 3 Allah menceritakan kepada kita tentang Allah menciptakan langit dan bumi dalam tempoh 6 masa. Mengapa Allah meletakkan tempoh 6 masa? Allah boleh menciptakan dgn kun fayakun, Allah tidak memerlukan masa tetapi manusia lah yg memerlukan masa/tempoh.

    Seringkali dalam kehidupan Kite ini kite sering putus asa apabila sesuatu yg kita mahu dan rancang tidak berjaya/tidak menjadi. Dan kdg2 kite merajuk / tidak putus asa dan terus meninggalkan Sesuatu yang kite sedang usahakan. Seperti berlaku di dalam kisah nabi YUNUS,yang berdakwah kpd kaum nya tetapi kaum nya berdegil, kmdn beliau meninggalkan kaum nya dan kmdn Allah memberikan pengajaran kepada nya, dan akhir beliau kembali semula kpda kaum nya dan akhirnya kaum nya kembali beriman kpd Allah.

    Maka dalam Surah ini mengajak kita agama beriman/Percaya kpd qada dan qadar, bahawa setiap perkara berlaku itu ada hikmah dna pengajaran nya, maka fokus kpd misi dan visi kita dan untuk mencapainya ia memerlukan proses/ tempoh. Sentiasa belajar dan memperbaiki dan setiap proses dan tempoh. Seperti dalam ayat ke 3 ( Allah mengatur urusan)

    Pada ayat ke 5 dan ke 6 Allah memberikan tips dna formula utk mencapai misi dan visi iaitu antaranya melalui ilmu dan sunnahtullah.

    Pada ayat 7-8 Allah memberi peringatan, bahawa orang yang tiada misi visi dan tiada keinginan yang kuat utk mencapai sesuatu maka akhirnya mereka akan binasa.

    Pada ayat 90 dan 98 Allah bawakan perbezaan antara kaum yang di terima dan yang tidak di terima.
    Iaitu kaum yg zalim tidak mengambil pengajaran dan akhirnya telah di timpakan azab kepada mereka, dan ketika itu jika mereka baru nak ambil pengajaran maka mereka akan merasai dahulu azab dari kesan kezaliman mereka.

    Manakala kaum
    Kaum yg mengambil pengajaran dari setiap peristiwa lalu maka akhirnya mereka di selamatkan dan peroleh manfaat dan nikmat.

  13. Surah no. 20
    Surah Toha
    Makkiah
    Pedoman dan kebahagian
    Turunnya Al Quran membawa ketenangan dan kebahagian disamping itu kita dapat beramal ibadat dgn berzikir, bertahmid beramal pada waktu malam sentiasa bersabar..
    Insyaallah..memberi kebahagian didunia dan akhirat…

  14. *Surah ke 27
    *Surah Al-Naml
    *Semut
    *Keunggulan budaya
    *Makkiyah
    *Surah ini membena jati diri untuk memajukan diri dalam meyebarkan dakwah disamping tidak Lupa pada pencipta.

  15. 🌼Surah Al-Syura (Musyawarah)
    🌼Surah ke 42
    🌼Terdiri daripada 53 Ayat
    🌼Surah ini diturunkan di Makkah

    Nama Surah ini diambil daripada ayat ke-38
    (وَٱلَّذِینَ ٱسۡتَجَابُوا۟ لِرَبِّهِمۡ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَمۡرُهُمۡ شُورَىٰ بَیۡنَهُمۡ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ یُنفِقُونَ)
    [Surat Ash-Shura 38]

    Sinopsis bagi surah ini adalah larangan untuk kita berpecah belah dan diperintahkan kepada kita untuk membuat musyawarah.
    Hal ini demikian, walaupun kita berbeza pendapat jangan sampai kita berpecah belah. Oleh itu, kita diperintahkan untuk membuat musyawarah agar kita mendapat jalan keluar dalam perbezaan tersebut dengan menjadikan Allah sebagai Hakim kita, Allah sebagai jawapan kita, bukan bergantung dari keputusan manusia semata-mata yang bersifat lemah ini. Dengan bermusyawarah, perpecahan dan pergaduhan dapat dielakkan. Kita boleh lihat pada ayat yang ke-10 Allah berfirman :
    (وَمَا ٱخۡتَلَفۡتُمۡ فِیهِ مِن شَیۡءࣲ فَحُكۡمُهُۥۤ إِلَى ٱللَّهِۚ ذَ ٰ⁠لِكُمُ ٱللَّهُ رَبِّی عَلَیۡهِ تَوَكَّلۡتُ وَإِلَیۡهِ أُنِیبُ)
    [Surat Ash-Shura 10]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.